:: Selamat Datang ::
 
date

Pelajar terpilih Usahawan InternetTerbaik @my 2001
SERI KEMBANGAN 12 Nov. - Seorang pelajar berusia 14 tahun mencatatkan kejutan apabila terpilih sebagai Usahawan Internet Terbaik dalam Anugerah Internet Malaysia (@my) 2001 yang berlangsung di sini malam ini.

Kridaraan Komahan, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur dipilih menerima anugerah tersebut kerana inisiatifnya membangunkan laman web e-Dagang menjual rempah-ratus di Internet sekali gus menewaskan pencabar yang lebih berusia.

Beliau telah dipilih berdasarkan laman web Citra Store Sdn. Bhd. di alamat www.citrastore.com.my yang dibangunkannya untuk memperluaskan saluran pemasaran perniagaan rempah-ratus yang telah diusahakan bapanya.

``Saya sangat gembira dan tidak menyangka akan dipilih untuk mendapat anugerah sebesar ini,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis anugerah tersebut.

Presiden dan Ketua Eksekutif MIMOS Berhad, Datuk Dr. Tengku Azzman Shariffadeen menyampaikan anugerah tersebut yang telah diperkenalkan sejak 1999 itu.

Selain kategori Anugerah Usahawan Internet, @my 2001 malam ini juga telah menyampaikan anugerah kepada lapan kategori lain yang dipertandingkan.

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencatatkan kenangan manis selepas Yang Dipertuanya, Ahmad Fuad Ismail telah dipilih sebagai pemenang Personaliti Internet 2001 dan laman web MPSJ pula telah memenangi anugerah dalam kategori Laman Web Bahasa Melayu Terbaik.

Akhbar dalam talian The Star dari Star Publications (Malaysia) Berhad di alamat www.thestar.com.my pula meneruskan kecemerlangan mereka apabila sekali lagi dipilih sebagai pemenang kategori Laman Web Paling Popular selepas turut memenanginya tahun lepas.

Syarikat Jobstreet.com Sdn. Bhd. yang mengendalikan laman web sumber maklumat pekerjaan terkenal www.jobstreet.com.my pula telah terpilih sebagai pemenang dalam kategori Syarikat Internet Terbaik.

Kumpulan Utusan melalui laman web Utusan Online dan Portal Pendidikan telah memasuki peringkat akhir dalam empat kategori yang dipertandingkan tahun ini iaitu iaitu kategori Laman Web Bahasa Melayu Terbaik, Laman Web Pendidikan Terbaik, Syarikat Internet Terbaik dan Laman Web Paling Popular.

utama

hakcipta oleh upgradesign
created by azahar
Tutorial flash 5
peringkat awal
peringkat pertengahan
peringkat atasan
 
Jaringan Lain
pereka luar tempatan
pereka tempatan
sifoo.com
::Hubungi webmaster::
email webmastez
tentang webmaster
laman web v1 (lama)
lihat hasil kerja (baru)

online dengan webmastez
yahoo messanger
( scud2d) username
AOL messanger
(scud2d) username
ICQ
(132612057) no icq
 
::Ruangan Kerjaya::
Ingin bekerja dengan kerajaan. Klik sini dan pastikan anda mempunyai kelayakan.
Cari kerja ?? klik sini