:: Selamat Datang ::
 
date

Kawal pelancaran aplikasi ketika startup Windows
(sumber utusan malaysia 20/11/01)

Satu daripada perkara yang agak membingungkan kebanyakan pengguna komputer ialah bagaimana untuk mengawal dan menguruskan aplikasi-aplikasi atau program-program yang hendak dilancarkan secara automatik ketika komputer anda mula-mula dihidupkan.

Begitu juga jika anda telah memindah terima sesuatu aplikasi atau fail executable daripada Internet dan ia secara automatik akan dilancarkan walaupun anda tidak mahukan aplikasi tersebut bertindak begitu.

Untuk membantu menenangkan minda dan membolehkan anda mencari punca dan jalan untuk menangani isu ini, serta seterusnya mengawal sendiri apa yang anda mahu dilancarkan ketika menghidupkan PC anda, sila ikuti beberapa langkah ringkas berikut:

Langkah pertama ialah menu Windows Start. Dalam Windows 95, klik Start, diikuti Settings, kemudian Taskbar, dan kemudian klik pada Start Menu Programs.

Selepas itu klik pada bebutang Add or Remove, skrol ke bawah sehingga kepada senarai Startup, dan tambah atau buang program-program yang anda mahukan.

Dalam Windows 98, klik Taskbar dan Start Menu, klik pada Start Menu Programs (Advanced dalam Windows Me dan Windows 2000), dan kemudian klik Advanced. Proses itu akan membuka satu tetingkap yang mempamerkan semua ikon yang terdapat di dalam folder Startup. Anda boleh menambah atau membuang apa sahaja program-program yang anda hasratkan.

Namun sebenarnya folder Startup itu hanya menunjukkan sebahagian kecil sahaja daripada segala-galanya yang dilancarkan oleh OS Windows.

Untuk melihat apakah yang sebenarnya berlaku, anda perlu melihat ke dalam beberapa fail. INI dan khususnya Windows Registry.

Dalam Windows 95, pilih Start, kemudian Run dan selepas itu taip sysedit. Ini akan membuka tetingkap yang menyenaraikan semua kandungan fail autoexec.bat, config.sys, dan semua fail. INI yang relevan. (Fail-fail ini membolehkan aplikasi-aplikasi 16-bit dan lebih awal untuk berfungsi pada pelantar Windows 95 sehinggalah kepada Windows Me.)

Fail-fail autoexec.bat dan config.sys mungkin akan menunjukkan fail-fail executable dan pemacu-pemacu peranti yang dipasang ketika proses startup Windows.

Untuk menyahaktifkan fail-fail tertentu, taip REM pada permulaan baris arahan yang berkaitan. Dalam fail win.ini, carilah program-program yang disenaraikan selepas baris arahan mengandungi load= dan run= di atasnya.

Anda boleh membuang rujukan-rujukan individu atau cukup dengan meletakkan semikolon (;) di hadapan keseluruhan barisan terbabit bagi memastikan mereka tidak diaktifkan.

Dalam fail system.ini, anda akan dapat melihat fail-fail pemacu peranti ditunjukkan seperti berikut: sound.drv=mmsound.drv.

Tetapi malangnya, Windows 95 tidak dilengkapi dengan msconfig, satu utiliti berguna dalam Windows 98 dan Me yang membolehkan pengguna melihat program-program yang diaktifkan menerusi Registry. (Windows 2000 juga tidak mempunyai msconfig, tetapi kelainan itu disebabkan lebih banyak opsyen startup boleh diakses dan diubahsuai menerusi Control Panel.)

Satu cara lagi bagi sistem operasi Windows 95 ialah untuk memindah terima aplikasi Windows Startup Editor atau Startup Control Panel.

Untuk menggunakan msconfig dalam Windows 98 atau Windows Me, klik Start, diikuti dengan Run dan kemudian taip msconfig untuk mengaktifkan System Configuration Utility. Anda akan mendapat tetingkap yang berbeza, bergantung kepada versi Windows yang anda gunakan.

Dalam Windows 98, anda akan melihat General yang menyenaraikan opsyen-opsyen startup berpilih bagi Config.sys, Autoexec.bat, System.ini, Win.ini, dan Startup.

Windows Me pula menggantikan opsyen Autoexec.bat dan opsyen Config.sys dengan opsyen Environment, dan menambah opsyen Static VxD (yang menyenaraikan pemacu-pemacu peranti maya yang telah diaktifkan) dan opsyen International untuk memaparkan setting untuk bahasa dan papan kekunci.

Lihatlah di bawah opsyen Startup untuk menyemak apa sahaja yang diaktifkan menerusi folder Startup dan juga menerusi kekunci Run dan RunServices di dalam fail Registry.

Untuk mengelakkan sesebuah program daripada diaktifkan pada proses startup, anda hanya perlu membuang tanda (uncheck) pada kotak di sebelah nama program berkenaan.

Anda juga boleh mengawal pemacu-pemacu peranti maya yang diaktifkan dalam opsyen Static VxD. Tetapi anda mesti berhati-hati: Ini kerana jika anda tersilap ketika mematikan pemacu-pemacu peranti maya itu, Windows mungkin tidak akan but langsung.

Apa pun, sehingga sekarang belum ada program yang membolehkan anda mengawal susunan atau hierarki program-program yang akan diaktifkan ketika startup. Jika pembaca budiman mempunyai program yang boleh berbuat demikian, bolehlah beritahu kami di Mingguan Malaysia mengenainya.

utama

hakcipta oleh upgradesign
created by azahar
Tutorial flash 5
peringkat awal
peringkat pertengahan
peringkat atasan
 
Jaringan Lain
pereka luar tempatan
pereka tempatan
sifoo.com
::Hubungi webmaster::
email webmastez
tentang webmaster
laman web v1 (lama)
lihat hasil kerja (baru)

online dengan webmastez
yahoo messanger
( scud2d) username
AOL messanger
(scud2d) username
ICQ
(132612057) no icq
 
::Ruangan Kerjaya::
Ingin bekerja dengan kerajaan. Klik sini dan pastikan anda mempunyai kelayakan.
Cari kerja ?? klik sini