Aktifkan
firewall Windows XP
(sumber utusan malaysia
5/12/01)
Privacy dan keselamatanBagi anda yang beralih daripada sistem
operasi Windows 95, 98, atau Me, anda akan dihujani dengan
pelbagai ciri keselamatan dan privacy baru dalam Windows XP.
Sila ikuti tip-tip berikut untuk memanfaatkan sepenuhnya keupayaan
alat-alat baru itu.
Perkasakan
firewall
Microsoft telah memasang satu bentuk firewall dalam Windows
XP untuk melindungi pengguna daripada penggodam komputer
ketika anda melayari Internet.
Soalan
pertama ialah bagaimana kita boleh mengetahui bahawa Internet
Connection Firewall adalah aktif? Untuk itu, lakukan berikut:
Klik
pada Start, kemudian klik Control Panel dan dwiklik pada
ikon Network Connections. Dalam dialog dial-up, DSL, atau
cable connection yang dipaparkan, tandakan kolum Status.
Jika
firewall anda aktif, ia akan memaparkan mesej Firewalled.
Anda boleh mematikan firewall dengan membuang tanda check
pada kotak berkaitan, tetapi jika anda tidak berhasrat memasang
firewall lebih berkuasa daripada pembekal lain, lebih baik
anda biarkan ciri firewall Windows XP terus aktif.
Dengan
pengetahuan bahawa sistem firewall anda telah bersedia menangkis
serangan dari luar, bagaimana kita boleh mempastikan ia
berfungsi seperti mana yang sepatutnya?
Untuk
tujuan itu, anda boleh mengujinya dengan ShieldsUp, satu
perkhidmatan ujian percuma tajaan Gibson Research.
Berdasarkan
beberapa ujian bebas, Internet Connection Firewall Windows
XP mampu mengekalkan komputer dalam mod terlindung sepenuhnya
(full stealth).
Penggodam
tidak dapat memecah masuk, malah mereka tidak mampu mencari
dan melihat kewujudan komputer ketika dalam talian.
Awasi
cookies anda
Dalam XP, folder Documents and Settings mengandungi semua
maklumat pengguna, termasuk setting konfigurasi, kegemaran
(favourites), dan cookies. Folder Documents and Settings\Username\
Cookies merupakan di mana XP menyimpan semua cookies.
Bagaimana
anda boleh mengawal jumlah cookies yang akan disimpan di
dalam sistem komputer anda? Caranya ialah seperti berikut:
Klik
Start, diikuti klik pada Control Panel, kemudian klik Network
and Internet Connections, dan selepas itu pilihlah Internet
Options.
Klik
pada Privacy, kemudian gunakan slider bar untuk mengubah
suai setting cookies anda.
Contohnya,
anda boleh menyekat cookies daripada tapak-tapak yang menggunakan
pengenalan peribadi tanpa kebenaran anda. Untuk meningkatkan
keselamatan anda, cuba aktifkan setting privacy lain dalam
dialog.
Tahap
paling rendah ialah Accept All Cookies manakala paling tinggi
ialah Block All Cookies, dengan opsyen low, medium, medium-high,
dan high settings. (Penjelasan opsyen-opsyen itu akan muncul
ketika anda beralih dari satu setting ke setting lain).
Sayugia diingatkan bahawa keengganan menerima cookies akan
mengehadkan aktiviti anda pada sesetengah tapak-tapak Web.
Walaupun
alat-alat keselamatan tersebut membantu mempastikan maklumat
tersimpan adalah selamat daripada pengguna nakal dan berniat
jahat ketika anda melayari Internet, Windows XP juga dilengkapi
dengan alat-alat tambahan bagi pengguna yang mahu berkongsi
komputer.