Virus
Nimda paling berbahaya tahun ini
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Komputer/20011205174502/Article/
CECACING
Nimda menjadi virus paling memusnah tahun ini dengan mencatat
27 peratus kemusnahan daripada jumlah laporan yang diterima
oleh unit bantuan syarikat antivirus, Sophos plc (Sophos).
Ini diikuti oleh virus Sircam dengan 20.3 peratus.
Perunding
Kanan Teknologi Sophos, Graham Cluley berkata, virus itu
yang dikesan merebak pada 18 September juga turut menyebabkan
kerugian pada sistem komputer dunia bernilai RM1.9 bilion.
Katanya,
sepanjang tahun ini, Nimda dan Sircam menjadi virus utama
dengan mencatat hampir separuh daripada keseluruhan serangan
yang dilaporkan kepada Sophos.
"Sepanjang
tahun ini, Sophos mengesan 11,160 virus, cecacing dan Trojan
horses baru dan secara keseluruhannya jumlah virus yang
dikesan sepanjang tahun ini ialah 70,000.
"Setiap
hari 40 virus baru dapat dikesan dan setiap bulan ia menghasilkan
sehingga 1,200 virus. Kira-kira 30 hingga 40 virus yang
merebak setiap bulan dikenal pasti sebagai berbahaya dan
menyebabkan masalah besar kepada sistem komputer,"
katanya.
Selain
Nimda dan Sircam, virus berbahaya utama lain yang dilaporkan
ke Sophos ialah Magistr dengan 12 peratus; Hybris (6.2 peratus);
Apology (3.8 peratus); VBSWG-X (3.6 peratus); Kakworm (3.1
peratus); SST-A (dua peratus) dan Badtrans serta Navida
dengan masing-masing mencatat 1.8 peratus.
Manakala
selebihnya iaitu 18.2 peratus serangan virus dilaporkan
datang daripada pelbagai jenis virus kecil.
Dalam
laporan 10 senarai virus utama itu, Cluley berkata, tidak
wujud laporan mengenai serangan virus terhadap PDA atau
telefon bimbit sepanjang tahun ini walaupun terdapat banyak
kebimbangan terhadapnya.
Katanya,
Nimda berjaya merebak dengan cepat kerana ia menjangkiti
komputer menggunakan pelbagai jenis teknik.
"Pengguna
dijangka berhadapan dengan pelbagai jenis serangan virus
komputer di masa depan.
"Kewujudan
virus, cecacing dan Trojan horses dijangka meningkat pada
masa depan disebabkan ia mudah untuk dihasilkan berpandukan
kepada mudahnya mendapat peralatan menghasilkan virus di
Internet," katanya.
Selain
itu katanya, serangan virus terhadap komputer pengguna di
rumah akan meningkat kerana ramai pengguna lebih kerap berada
dalam talian (on-line) dan menggunakan perkhidmatan capaian
Internet berkelajuan tinggi seperti ASDL.
"Pengguna
di rumah menggunakan Microsoft Outlook dan program e-mel
Outlook Express atau perisian pelayan Microsoft harus mempunyai
peningkatan terhadap sistem keselamatan atau memasang firewall,"
katanya.
Dengan
meningkatnya serangan itu, pasaran perisian anti virus dunia
dijangka meningkat ke RM10.26 bilion menjelang 2004 berbanding
RM4.56 bilion pada 1999.